Monday 28 February 2011



TAJUK
Sejarah Dan Kegiatan Surau At-Taqwa,
Seberang Jaya,
Pulau Pinang.

DISEDIAKAN UNTUK
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Pensyarah CTU 151

DISEDIAKAN OLEH
Siti Aishah Binti Rahim
2010804592
BMD2Ac

PROGRAM
Diploma Pengajian Perniagaan

TARIKH HANTAR
28 Februari 2011





SENARAI KANDUNGAN

BIL.
SENARAI KANDUNGAN

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.

Senarai Kandungan
Abstrak
Pendahuluan
Konsep
Sejarah Penubuhan Surau At-Taqwa
Organisasi Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa
Kelengkapan Surau At-Taqwa
Kegiatan Surau At-Taqwa
Masalah yang Dihadapi
Cadangan Penyelesaian
Lampiran
Penutup
Bibliografi




ABSTRAK

Surau merupakan tempat bagi umat Islam untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Surau menjadi tempat bagi umat Islam menunaikan solat lima waktu secara berjemaah. Walaupun pada dasarnya surau adalah sebuah bangunan kecil yang dijadikan tempat untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Namun peranannya hampir menyamai peranan sebuah masjid. Surau merupakan tempat yang mulia disisi-Nya. Surau bukan hanya menjadi tempat untuk beribadat kepada Allah S.W.T semata-mata tapi ianya juga menjadi tempat tumpuan umat Islam menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kepentingan dan kemajuan masyarakat Islam. Pelbagai kegiatan fardu kifayah dapat dilaksanakan di surau. Antaranya ialah qiamulail, ibadah korban, As-syura, solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha, solat sunat tarawih dan penyebaran interlektual dakwah tentang agama Islam. Surau jugalah merupakan tempat berkumpulnya satu kelompok masyarakat untuk mengeratkan lagi silaturahim sesama umat Islam. Dalam Islam Allah menyeru kita mengimarahkan surau kerana ganjaran pahalanya amatlah besar. Hal ini kerana surau adalah tempat suci untuk kita bersujud kepada-Nya malah surau sebagai tempat pelindungan yang selamat dari pelbagai ancaman sama ada ancaman dari luar ataupun ancaman dalaman. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan betapa agungnya kekuasaan Allah terhadap manusia sehinggakan Allah menjadikan bumi ini adalah tempat untuk kita sebagai umat Islam bersujud kepada-Nya. Namun kita manusia yang lemah leka dengan duniawi semata-mata sehingga lupa kewajipan kita sebagai umat Islam di muka bumi ini. Manusia tidak menyedari bahawa setiap amalan yang dilakukan menambahkan keimanan kepada Allah dan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Justeru itu, sudah menjadi kewajipan kita untuk mengimarahkan sebuah surau walaupun surau adalah hanya sebuah bangunan kecil tempat kita bersujud kepada Allah S.W.T.



PENDAHULUAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kerana sehingga ke hari ini saya masih berpeluang bernafas bagi menyempurnakan kerja kursus CTU 151 yang telah dipertanggungjawabkan oleh Ustaz Abdul Aziz Harjin ke atas saya. Tajuk yang dipilih ialah mengenai sejarah dan kegiatan surau kariah di kawasan saya.
Tujuan saya menulis esei ini pada dasarnya adalah untuk memenuhi tugasan kerja kursus CTU 151 yang dipertugaskan kepada saya. Namun pada masa yang sama saya berpeluang mengkaji dan mencari maklumat tentang surau kawasan tempat tinggal saya.
            Fokusnya esei saya ini tentang surau yang menjadi tempat kita beribadat kepada Allah S.W.T. Surau merupakan tempat yang mulia bagi kita umat Islam. Secara umumnya penulisan esei ini adalah berkaitan dengan sejarah,peranan, kepentingan dan kegiatan surau di kawasan tempat tinggal saya.
            Harapan dengan adanya penulisan sebegini dapat memberi ruang kepada generasi muda dan semua penduduk setempat untuk lebih fokus tentang betapa mulianya rumah Allah ini.

Masjid adalah rumah Allah s.w.t. Menurut sebuah hadith yang mafhumnya seorang pemuda yang terpaut hati kepada masjid akan mendapat perlindungan 'arasy di akhirat kelak.

Oleh itu, kesimpulannya dapatlah mendorong semua lapisan masyarakat menjadikan isu untuk mengimarahkan surau atau masjid sebagai satu kewajipan dalam kehidupan setiap individu demi untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan di akhirat.



KONSEP

Dari Ubai bin Kaab r.a katanya: “Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu dia tidak pernah ketinggalan bersolat jamaah. Kata orang kepadanya: “Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu di malam gelap atau di panas terik”. Dia menjawab: “Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku”. Sabda Rasulullah SAW : “Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagi mu”. (Muslim)

Pahala yang diperolehi dengan mengimarahkan surau atau masjid sangatlah tidak ternilai besarnya. Surau dalam erti umum adalah sebuah bangunan kecil  yang digunakan untuk bersujud, oleh kerana itu kata Nabi, Tuhan menjadikan bumi sebagai tempat sujud. Manakala dalam pengertian khusus surau bererti bangunan atau tempat yang di bangunkan khusus untuk menjalankan ibadah kepada Allah S.W.T. terutamanya solat berjemaah.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan sesungguhnya masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah” ( Al-Jin:18)

            Konsep surau bukan hanya sebagai tempat solat atau tempat berkumpulannya kelompok masyarakat tertentu tetapi surau sebagai pusat penyebaran dakwah Islamiah, pusat kebudayaan dan muamalat serta pusat aktiviti umat Islam sama peranannya seperti masjid. Secara konsepsional tempat suci ini disebut sebagai Rumah Allah ( Baitullah ) atau bahkan rumah masyarakat ( bait Al Jami’ )
Pada zaman Rasulullah masjid atau surau berfungsi sebagai :
1)    Tempat menjalankan ibadat solat
2)    Tempat musyawarah
3)    Tempat pengaduan masyarakat dalam menentukan keadilan
4)    Pusat pengembangan masyarakat
Sehingga sekarang fungsi sesebuah masjid atau surau adalah sama dimana sesebuah surau masih lagi mengekalkan konsep rumah Allah tersebut sama seperti dahulu.



SEJARAH SURAU AT-TAQWA


  Surau At-Taqwa terletak di dalam kawasan perumahan Taman Sembilang yang berdekatan dengan Bandar Seberang Jaya. Surau ini dibina pada tahun 1992 oleh penduduk taman itu sendiri. Terbinanya surau ini di atas kesedaran penduduk taman itu sendiri tentang kewajipan setiap umat Islam untuk membina sebuah tempat suci bersujud ke hadrat Ilahi.

Pada mulanya peruntukan untuk membina surau ini diperolehi hasil dari sumbangan penduduk taman itu sendiri. Struktur asal surau ini diperbuat daripada papan yang berlantaikan simen semata-mata. Walaupun pada masa tersebut, surau ini serba kekurangan yang dimana apabila hujan surau ini dimasuki air terutama sekali di bahagian solat muslimat. Namun hal ini tidak menjejaskan kegiatan ibadah di surau ini. Malah pada tahun 2006, surau ini diperbaharui sedikit demi sedikit strukturnya daripada struktur papan kepada bangunan batu yang lebih selesa hasil daripada wang yang diperolehi melalui tabung surau. Segala kelengkapan dan kemudahan surau ini diperbanyakan untuk umat Islam taman perumahan tersebut menunaikan ibadah. Bersebelahan dengan surau ini dibinanya bangunan Madrasah Tarbiah Islamiah iaitu merupakan sekolah agama rakyat di kawasan perumahan tersebut. Madrasah ini menyediakan pembelajaran tentang prinsip-prinsip asas Islam seperti Fekah, Tauhid, Akhlak, Tilawah Al- Quran dan sebagainya. Hal ini membolehkan anak- anak penduduk taman tersebut mendapat pendidikan awal tentang ajaran Islam.
           
Surau ini dinamakan Surau At-Taqwa kerana Allah menyeru semua umat Islam bertaqwa kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya. Semua peringkat umur wajib menunaikan ibadah mereka bersujud ke hadrat Ilahi.


ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA SURAU AT-TAQWA
Pengerusi
:
Talib bin Mohamad
Setiausaha
:
Ali Abdul Rahman
Penolong Setiausaha
:
Md. Sahul Hameed
Bendahari
:
Hj. Mad Isa
Ahli Jawatankuasa
:
Hj. Baharudin
Abdul Rahim
Fahrurazi
Zamri Harun
H. I. Yahya
Omar Abbas
Ismail Abdul
Zaini Abu

PEGAWAI SURAU
Iman 1
:
Talib Mohamad
Iman 2
:
Wahab Saarani
Siak 1
:
Iman Datak
Siak 2
:
Yusof Hashim
Bilal 1
:
Fahrurazi
Bilal 2
:
Ali Rahman
Juruaudit
:
Safian Saad
Md. Souppe


KELENGKAPAN SURAU

Ruangan Solat
            Surau At-Taqwa mempunyai ruangan solat yang boleh memuatkan hampir 150 orang orang jemaah dalam satu solat jemaah. Permaidani memenuhi dalam masjid. Sejadah yang ada juga cukup banyak. Ruang solat ini dibahagikan kepada dua ruangan solat iaitu ruangan solat untuk muslimin dan muslimat. Pengadang bahagian wanita menggunakan tirai. Kemudahan yang disediakan di bahagian wanita juga baik. Telekung wakaf disediakan untuk kemudahan jemaah muslimah. Ruangan solat dilengkapi dengan penghawa dingin dan alat pembesar suara untuk keselesaan para jemaah.

Bilik air dan tempat mengambil wuduk
Surau ini juga dilengkapi dengan kemudahan bilik air dan tempat mengambil wuduk yang berbeza untuk muslimin dan muslimat bagi memudahkan para jemaah mengambil wuduk sebelum menyermpurnakan ibadah solat berjemaah. Selain itu terompah dan selipar tandas juga disediakan untuk kemudahan jemaah.

Tempat menguruskan jenazah
            Surau ini juga ada menyediakan tempat menguruskan jenazah yang dimana kelengkapan untuk menguruskan jenazah disediakan. Peralatan pengurusan jenazah seperti tempat memandikan jenazah dan peralatan mengkafankan jenazah disediakan. Hal ini memudahkan penduduk taman tersebut melaksanakan tanggungjawab mereka sekiranya berlaku kematian.

Stor simpanan
            Stor simpanan ini digunakan untuk menyimpan peralatan gotong-royong seperti kereta sorong, penyapu, alatan pertukangan dan sebagainya. Malahan peralatan kenduri seperti pinggan mangkuk, periuk-periuk kawah dan lain-lain lagi peralatan yang tersimpan disini.
Bahan bacaan
            Rak buku bacaan disediakan dengan beberapa bahan bacaan seperti Al-Quran dan Hadith. Terdapat juga buku-buku kerohanian, buku sejarah tamadun Islam, sejarah tokoh-tokoh Islam dan juga kitab-kitab lama di ruangan ini sebagai rujukan.
           

KEGIATAN SURAU
Kegiatan utama surau yang dijalankan di surau ini ialah ibadah solat terutamanya. Setiap hari kewajipan menunaikan solat lima waktu dilaksanakan di sini. Lima belas minit sebelum azan bagi kelima-lima solat fardhu bacaan ayat Al-Quran di alunkan oleh ustaz yang bertugas ataupun di alunkan oleh pelajar-pelajar Madrasah Tarbiah Islamiah yang mahir membaca Al-Quran.  Malah solat tarawih, solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan solat sunat hari Hari Raya Aidiladha juga dilakukan di surau ini.
Seperti yang sedia maklum, surau ini bersebelahan dengan Madrasah Tarbiah Islamiah. Oleh itu, pada sebelah petang dari hari Selasa hingga hari Jumaat majlis ilmu seperti kelas mengaji Al-Quran diadakan oleh pengetua Madrasah Tarbiah Islamiah iaitu Ustaz Abdul Rahim di surau ini. Kelas mengaji Al-Quran ini juga diadakan khas untuk orang dewasa pada setiap hari Isnin bagi memantapkan bacaan mereka. Surau ini juga ada mengadakan majlis khatam Al- Quran bagi pelajar madrasah yang telah lulus khatam Al-Quran. Program khatam Al-Quran ini mempunyai beberapa objektif iaitu untuk melahirkan generasi berilmu dan bertaqwa berpandukan Al-Quran dan disamping itu ianya juga adalah sebagai galakan kepada generasi muda ke arah mendekati dan mengamalkan ajaran Al-Quran.
Pada bulan Muharram, aktiviti mengacau bubur As-Syura akan dijalankan secara bergotong-royong. Hampir setiap tahun aktiviti ini dijalankan bagi mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat.
Baru-baru ini pada 15 Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1423 H telah diadakan sambutan Maulidur Rasul secara besar-besaran di surau ini. Majlis perarakan sambutan Maulidur Rasul diadakan yang dimana disertai oleh pelajar-pelajar sekolah dan madrasah yang berdekatan. Seramai 200 orang menyertai perarakan ini. Majlis perarakan dimulai dari Surau At-Taqwa dengan diiringi selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W berjalan mengelilingi kawasan perumahan Taman Sembilang tersebut.
Menjelangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak,pada setiap malam para jemaah melakukan solat sunat tarawih secara berjemaah. Malah selepas solat sunat tarawih pihak surau memperhebatkan lagi ceramah atau kuliah selepas solat dengan menjemput ustaz-ustaz atau penceramah dari luar untuk menyampaikan ceramah di bulan Ramadhan yang mulia itu. Bulan Ramadhan yang mulia adalah bulan untuk kita memantapkan amal ibadat kita kerana amal ibadat kita di bulan Ramadhan akan diterima Allah. Oleh itu, pihak Surau At-Taqwa juga menganjurkan qiamulail terutama sekali pada bulan Ramadhan untuk memberi peluang kepada para jemaah muhasabah diri dan bersujud ke hadrat Ilahi.
Bulan puasa memang sinonim dengan juadah bubur lambuk. Malah juadah enak untuk berbuka puasa ini bagaikan satu perkara wajib bagi setiap kali menjelang bulan Ramadhan Al-Mubarak. Gotong-royong memasak bubur lambuk ini dilakukan pada sebelah petang sebelum masuknya waktu berbuka puasa dan bubur lambuk tersebut diagihkan kepada masyarakat setempat. Aktiviti inilah yang paling menarik dan mendapat sambutan penduduk taman tersebut.
Pada tanggal 10 Zulhijjah merupakan hari di mana umat Islam di seluruh dunia berkumpul di tanah suci Mekah. Sebagai hamba yang mematuhi dan menuruti perintah Allah S.W.T di mana Nabi Ibrahim a.s diperintahkan mengorbankan anaknya Ismail lalu digantikan dengan seekor kibas. Peristiwa itu merupakan satu pengajaran dan sunat muakkad kepada seluruh umat Islam supaya bersedekah sebahagian daripada harta mereka untuk fakir miskin. Sudah menjadi kewajipan pada setiap tahun ibadat korban  tidak ditinggalkan. Ibadat korban dilaksanakan selepas selesainya solat sunat Hari Raya Aidiladha di belakang surau ini berdekatan dengan padang awam dan seterusnya daging-daging penyembelihan di bahagikan kepada penduduk taman tersebut.


MASALAH
Secara zahirnya Surau At-Taqwa ini nampak aman dan damai. Namun terdapat juga masalah yang terpaksa di hadapi oleh pihak Surau A-Taqwa ini.
Seperti surau-surau lain, masalah utama yang selalu di hadapi adalah kehilangan wang tabung surau. Hal ini kerana terdapat anak-anak muda yang tidak bertanggungjawab mencuri tabung surau untuk kepentingan diri sendiri. Wang tersebut merupakan wang yang di sedekahkan oleh para jemaah untuk pengubahsuaian serta pembaharuan surau. Hanya disebabkan individu yang tidak bertanggungjawab ini tahap pengubahsuaian surau tidak dapat dilaksanakan kerana hilangnya wang tersebut.
Selain itu, masalah yang ketara di hadapi oleh pihak surau adalah kurangnya kemeriahan jemaah yang hadir untuk mengimarahkan surau ini. Dalam satu hari ruangan solat surau ini tidak dipenuhi dengan para jemaah. Majoriti jemaah yang hadir adalah warga emas atau pun orang dewasa. Anak-anak muda tidak lagi menghadirkan diri ke surau ini setelah meningkat remaja usia mereka.
Apabila tibanya bulan Ramadhan pula sewaktu solat sunat tarawih dan bila tibanya untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha, masalah yang akan berlaku ialah tempat meletakkan kenderaan tidak mencukupi. Hal ini kerana seluruh ahli keluarga penduduk setempat berkumpul untuk solat sunat berjemaah di surau ini. Banyak aduan mengatakan kesesakan jalanraya di kawasan perumahan tersebut akibat dari para jemaah memarkirkan kenderaan di tepi jalan.
Akhir sekali masalah yang di hadapi oleh pihak Surau At-Taqwa ini adalah kurangnya bahan bacaan di rak bacaan dalam surau ini. Bahan bacaan kerohanian di rak bacaan tersebut telah terlalu lama dan kuantiti bahan bacaan yang terdapat disitu adalah terhad. Malah, bahan bacaan tersebut tidak menarik perhatian jemaah untuk membacanya.


CADANGAN PENYELESAIAN
Bagi masalah kehilangannya wang tabung surau pihak surau boleh memperbaharui tabung surau dengan menggunakan peti besi yang  berkunci untuk menyimpan wang tersebut. Malah hasil sumbangan tersebut mestilah di ambil berat dan wang yang diperolehi perlulah di simpan segera di tempat yang selamat.
Masalah generasi muda yang sukar untuk hadirkan diri ke surau berjemaah dengan imam ini dapat diselesaikan dengan memberi motivasi kepada semua generasi muda atas kesedaran tentang pentingnya mengimarahkan surau. Malah, pihak surau boleh menyediakan juadah untuk di bawa pulang kepada sesiapa yang hadir berjemaah bersama-sama di surau ini.
Selain itu, pihak surau perlulah merancang untuk menambah tempat meletakkan kenderaan di kawasan surau agar dapat memudahkan para jemaah memakirkan kenderaan mereka dan seterusnya mengurangkan kesesakan jalanraya. Wang tabung surau yang dikumpul boleh digunakan untuk membina tempat meletakkan kenderaan. Pada masa yang sama Biro Kebajikan perlulah peka dengan bahan bacaan di dalam surau tersebut agar di tukar selalu bagi menarik minat para jemaah membaca buku-buku ilmiah tersebut.


LAMPIRAN
 Imam Surau At-Taqwa
Talib bin Mohamad

Pintu hadapan Surau At-Taqwa
Ruangan kelas mengaji tajwid Al-Quran
Ruangan solat muslimin
Ruangan solat muslimin
Ruangan solat muslimat
Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Surau At-Taqwa
Papan kenyataan info kegiatan Surau At-Taqwa
Tempat mengambil wuduk
Pintu hadapan Madrasah Tarbiah Islamiah
Madrasah Tarbiah Islamiah
Kantin Madrasah Tarbiah Islamiah


 PENUTUP
            Kesimpulannya, surau adalah tempat yang mulia kerana surau juga merupakan rumah Allah.  Secara umumnya, surau adalah salah satu tempat untuk kita beribadat mendekati Allah S.W.T.
            Peranan surau bukanlah hanya sebagai tempat untuk solat berjemaah semata-mata tetapi ianya juga sebagai tempat berkumpulnya satu kelompok masyarakat untuk melakukan kegiatan bagi mengimarahkan surau. Contohnya, qiamulail, bergotong-royong, dan penyebaran ilmu pengetahuan tentang agama Islam kepada penduduk setempat. Sesungguhnya, peranan sebuah surau juga sama seperti peranan sebuah masjid. Konsep surau masih sama iaitu surau adalah tempat umat Islam bersujud ke hadrat Ilahi.

Rasulullah SAW pula menyebut mengenai kelebihan bagi mereka yang membangunkan masjid seperti mana sabda Baginda, “Barang siapa yang membangun rumah Allah (masjid) di dunia, maka Allah akan membangunkannya rumah di syurga” (Riwayat Muslim).

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengembalikan dan meningkatkan martabat surau kembali sepertimana peranan dasarnya. Dalam pada kita menunaikan kewajipan fardu ain, amalan fardu kifayah juga perlu dilaksanakan demi kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Bersama-samalah kita memakmurkan rumah Allah yang suci lagi mulia disisi-Nya


BIBLIOGRAFI
·         Internet

·         Responden

Talib bin Mohamad, Iman dan pengerusi Surau At-Taqwa, Lorong Sembilang 14, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

Abdul Wahab Saarani, Imam Surau At-Taqwa, Blok G 1-08, Lorong Sembilang 14, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang.